Demam menyerang SMAM

  Ramai pelajar asrama SMAM telah demam dalam tempoh seminggu ini. Mana-mana pelajar yang demam dan mendapat MC telah dibenarkan pulang ke kampung. Pasukan Kesihatan Maran telah datang melawat asrama dan membuat semburan klorin. Setakat jam 9.41 pagi Rabu 21 November 2018, seramai 32 pelajar lelaki dan seramai 52 pelajar perempuan telah dibenarkan pulang ke rumah. Semoga semuanya cepat sembuh dan sentiasa dalam rahmat dan KASIH SAYANG ALLAH. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018