Terimakasih Kepada Bomba Maran

    Warga SMAM ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak Balai Bomba Daerah Maran yang sudi datang ke SMAM untuk menangkap seekor ular yang berada di pintu bilik suis Dewan Tun Abd Razak ketika satu program pelajar sedang berjalan. Semoga jasa anda akan dibalas dengan sebaik-baiknya oleh ALLAH swt...InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018