Perasmian penutupan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 siri 6 di SMAM

      Tepat jam 10.30 pagi, perasmian penutupan Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab di SMAM telah bermula. Dalam majlis ini, ucapan-ucapan telah disampaikan oleh wakil pelajar, wakil fasilitator Ustaz Syaifulbahri, wakil SMAM Ustaz Shamsuddin Bin Ali dan akhir sekali ucapan dari tokoh perasmi iaitu
Ustazah Apidah Binti Zakaria@Daud, Penolong Pengarah kanan, Unit Naziran, Latihan dan SAN. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dilaksanakan di sepanjang perbengkelan. Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke SMAM.

# Untuk melihat dan muat turun lebih banyak foto sila ke Galeri - Foto - Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 2018


Tag: SMAM 2018