Majlis Restu Ilmu SPM 2018

    Selepas tamat perhimpunan Khamis 8 November 2018, Majlis Restu Ilmu SPM pula dijalankan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Majlis ini diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar SMAM yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula dari 13 November ini. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Rizduan. Ucapan telah diberikan oleh wakil guru iaitu tuan Pengetua Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin dan juga oleh wakil pelajar Saudara Amirul Asyraaf. Selepas itu majlis penyampaian cenderahati dan bersalam- salaman telah diadakan antara guru-guru dan pelajar-pelajar. Semoga semua pelajar SMAM akan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2018.

Tag: SMAM 2018