Takziah Kepada Mohd Hafizuddin Pelajar Tingkatan 5 SMAM 2018

    Warga SMAM mengucapkan takziah kepada pelajar tingkatan 5 SMAM, saudara Hafizzuddin atas kehilangan ayahanda tercinta hari ini. Ayah beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi tadi dan telah selamat dikebumikan pada jam 11.50 pagi tadi. Semoga rohnya sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH dan diberikan pengampunan olehNYA dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kami mengharapkan mohd Hafizuddin tabah dan bersabar atas kehilangan besar ini dan terus bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi SPM yang bakal menjelang pada 13 November ini. Innalillahiwainnailaihiraaajiuunnn. Al-Fatihah.

Tag: SMAM 2018