Selamat Bercuti Sempena Deepavali

    Pelajar-pelajar ceria sepanjanjang hari Jumaat 2 November 2018 kerana hari ini merupakan hari balik kampung untuk bercuti panjang sempena sambutan Deepavali 2018. Ibubapa kelihatan sudah sampai ke kawasan sekolah seawal 11.30 pagi untuk membawa anak masing-masing pulang ke kampung. Pelajar-pelajar tingkatan 1,4 dan 5 akan bercuti selama 5 hari bermula dari 3 hingga 7 November 2018, manakala pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 pula akan bercuti selama 9 hari bermula dari 3 hingga 11 November 2018 kerana diberi pelepasan oleh pengetua selama 2 hari persekolahan kerana memberi ruang diasrama untuk dihuni oleh semua pelajar-pelajar tingkatan 1 yang akan mengikuti bengkel pemantapan Bahasa Arab pada 9 hingga 11 November 2018. Selamat bercuti dan jaga keselamatan dan kesihatan sepanjang percutian.

# lebih banyak gambar di galeri - foto - perhimpunan dan balik kampung 2 nov 2018

Tag: SMAM 2018