Perhimpunan Jumaat 2 November 2018

     Perhimpunan Jumaat 2 November 2018 bermula pada pukul 7.20 pagi dengan dimulai dengan bacaan Al-Quran secara beramai-ramai. Seterusnya guru bertugas Cikgu Wan Amran memberikan ucapan dan pesanan kepada pelajar-pelajar yang akan balik kampung sempena cuti Deepavali. Seterusnya Ustaz Azrul selaku setiausaha keceriaan dan kebersihan sekolah telah mengumumkan keputusan mingguan dan tahunan pertandingan tersebut yang berakhir pada bulan Oktober. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Ustaz Shamsuddin Bin Ali. Seterusnya GPK Pentadbiran telah memberikan ucapan dan pesanan kepada pelajar yang akan balik ke kampung. Semoga semua selamat dalam perjalanan balik dan pulang semula ke SMAM selepas bercuti dalam keadaan ceriaan.

# lebih banyak gambar di galeri - foto - perhimpunan dan balik kampung 2 nov 2018

Tag: SMAM 2018