Jamuan Akhir Tahun Kelas 1A

     Satu jamuan akhir tahun untuk kelas 1A telah diadakan di kawasan lapang bersebelahan bengkel KHB dan ASPURA. Jamuan yang disertakan dengan permainan berbentuk sukaneka ini pada asalnya dirancang untuk diadakan di Dewan tun Abd Razak dan padang sekolah tetapi terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang bersebelahan KHB kerana dewan dan padang sekolah telah ditempah untuk kegunaan Pejabat Daerah dan Tanah Maran untuk aktiviti mereka. Walaupun begitu, sambutan adalah amat meriah dan dalam suasana penuh kegembiraan. Semua pelajar 1A hadir dengan disertai oleh guru kelas mereka Cikgu Asmar dan bayi kecilnya. Tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru 1A.

# gambar-gambar boleh dilihat dan dimuat turun di galeri - foto - Jamuan akhir tahun kelas 1A 2018

Tag: SMAM 2018