Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Maran 2018

    Satu program Bahasa Arab yang dinamakan sebagai Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 SMAM 2018 akan diadakan bermula dari 9 November hingga 11 November di SMAM. Sehubungan dengan itu semua pelajar tingkatan 1 SMAM telah diminta untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh tersebut. Untuk menyediakan ruang yang selesa bagi pelajar-pelajar ini, pelajar-pelajar tingkatan 2 dan 3 yang tinggal di asrama dan berulang telah diberikan 2 hari cuti pelepasan persekolahan dari Khamis 8 November 2018 dan Jumaat 9 November 2018. Surat-surat berkenaan ketetapan yang dinyatakan telah diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk diserahkan kepada ibubapa penjaga yang akan pulang ke kampung sempena cuti Deepavali. Harap maklum.

# surat-surat lain boleh dilihat dan dimuaturun di galleri - foto - Bengkela pengukuhan Bahasa Arab Tingkatan 1 2018

Tag: SMAM 2018