Mini Karnival Hijrah

      Satu Mini Karnival Hijrah akan dianjurkan oleh Masjid Asy-Syakirin Maran pada hari Khamis 1 November 2018 Bertempat di Masjid Asy-Syakirin Maran. Dalam Karnival ini juga akan diadakan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Maran yang akan dirasmikan oleh Al-Fadhil Qadi Maran iaitu Tuan Mohd Rizzal Bin Mohd Ali Hanafiah. Seramai 9 orang pelajar SMAM dijemput untuk menghadiri majlis ini bersama dengan guru pengiring Ustaz Khairun Nas. Tahniah diucapkan atas penganjuran karnival ini. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Tag: SMAM 2018