Bengkel Kemaskini Kitab Sirah Tg 1 hingga 3 fasa 2

      Satu bengkel pemurnian kitab sirah tingkatan 1 hingga 3 fasa 2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMA Maran pada hari Isnin 22 Oktober 2018 bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang. Mesyuarat melibatkan 5 orang peserta yang terdiri dari 2 orang pegawai JAIP iaitu penolong pengarah Unit Kurikulum DG 44, Ustaz Mohd Mahtar bin Ahmad Wahid dan penolong pengarah Unit Peperiksaan DG 44, Ustaz Azmy Murad bin Mohamed Yatim dan 3 orang guru. SMA Maran diwakili oleh Ustaz Mohd Syarafi Bin Yaakob.  Semoga sesi tersebut dapat meningkatkan mutu kitab Sirah yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar SMAN nanti. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018