Majlis penutupan kem solat

    Hari Ahad 21 Oktober merupakan hari terakhir kem solat yang diadakan di Surau An-Nur Desajaya Bandar Tun Razak. Kem berakhir lebih kurang pada pukul 11.00 pagi dan majlis penutupan diadakan selepas itu. Majlis ini dihadiri oleh peserta-peserta, imam-imam muda, AJK pelaksana, guru pengiring iaitu Ustaz Syarafi dan ibubapa peserta. Diharapkan semua peserta akan mengamalkan apa yang dipelajari di sepanjang kem ini dan semoga sentiasa diberikan hidayah oleh ALLAH untuk menjadi muslim sejati. Semoga semua yang terlibat menjayakan kem ini akan diberikan ganjaran yang terbaik oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH

# lebih banyak gambar di galeri - foto - kem solat smk jengka 10

Tag: SMAM 2018