Program Kemasyarakatan - Kem Solat di Surau An-Nur Desajaya Bandar Tun Razak Jengka

   Satu program kemasyarakatan berbentuk kem solat sedang diadakan di Surau An-Nur Desajaya, Bandar Tun Razak yang melibatkan 4 orang Imam Muda dari SMAM dan 17 pelajar SMK Jengka 10. Program ini adalah bertujuan untuk membantu peserta-peserta mendalami ilmu solat dengan lebih mendalam dengan bantuan imam-imam muda dari SMAM ini. Program ini merupakan kesinambungan dari program tahun lepas yang melibatkan peserta-peserta dari SMK Jengka 10 di bawah penyelarasan oleh Cikgu Ibramin iaitu mantan guru SMAM yang kini bertugas sebagai GPK HEM SMK Jengka 10 dan Ustaz Syarafi yang merupakan guru dan ketua warden SMAM. Semoga semua yang terlibat dalam program ini akan diberikan ganjaran terbaik oleh ALLAH s.w.t. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018