Kelas Anjal SPM 2018 Masuk Minggu Ketiga

   Alhamdulillah, perlaksanaan kelas anjal untuk tingkatan 5 yang bakal mengambil SPM telah masuk ke minggu ke tiga. Perlaksanaan kelas anjal ini adalah bertujuan memberikan pelajar-pelajar masa yang cukup untuk setiap subjek dan para guru pula boleh memfokuskan pelajar terhadap subjek mereka dengan lebih berkesinambungan. Pelajar tampak lebih berkonsentrasi terhadap setiap subjek yang diajar. Semoga semangat dan kesungguhan pelajar akan berterusan sehinggalah tamat SPM yang akan bermula pada 13 November 2018. Semoga ALLAH mengurniakan kejayaan atas usaha yang mereka lakukan. InsyaALLAH.

# lebih banyak gambar boleh dilihat di galeri - foto - gambar rawak 2018

Tag: SMAM 2018