Gotong Royong Membuat Asyura 2018

    Alhamdulillah, pada hari Jumaat 12 Oktober 2018, telah diadakan satu gotong royong membuat bubur Asyura sebanyak 2 kawah di SMAM. Ini merupakan salah satu aktiviti selepas peperiksaan untuk pelajar PT3. Gotong royong memasak ini diadakan di kantin SMAM yang menyaksikan kerjasama antara guru-guru, staff-staff dan pelajar-pelajar tingkatan 3. Penyedian bahan-bahan bermula lebih awal lagi iaitu seawal hari Khamis dengan operasi mengupas bawang dan bahan-bahan lain. SMAM juga bertuah kerana mendapat bantuan dari pakar asyura iaitu Puan Mazidah dan suaminya Encik Azieh yang tiba ke kantin seawal jam 7.00 pagi untuk menyelaraskan aktiviti memasak bubur asyura ini. Tahniah diucapkan kepada semua yang menyumbangkan bahan-bahan, tenaga dan masa untuk aktiviti ini. 

# kepada yang mahu melihat atau memuat turun gambar program ini sila ke galeri - foto - Asyura 2018. Tq

Tag: SMAM 2018