Perjumpaan Dengan Pengarah Baru JAIP

     Pada hari Isnin 8 Oktober 2018, wakil pentadbiran SMAM yang terdiri dari Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin, GPK Pentadbiran SMAM, Ustaz Shamsuddin Bin Ali dan kerani SMAM, Puan Salina telah dijemput ke Dewan Auditorium MUIP di Pekan untuk sesi perjumpaan dengan Pengarah JAIP yang baru iaitu YH. Dato' Haji Syed Ahmad Fuad Bin Syed Taha, DIMP, SMP.  Beliau telah dilantik untuk menggantikan mantan pengarah JAIP yang telah bersara baru-baru ini iaiatu YH Dato' Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani yang selamat bersara pada 22 September 2018. Warga SMAM mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Dato' Haji Syed Ahmad Fuad Bin Syed Taha. Semoga sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk ALLAH dalam menjalankan tugas sebagai Pengarah JAIP yang baru.
    
   

Tag: SMAM 2018