Temu Uji Tingkatan 1 2019

    Alhamduliiilah, satu sesi temu uji tingkatan 1 2019 telah berjaya dijalankan di SMA Maran pada hari Sabtu 6 Oktober 2018. Program bermula dengan pendaftaran pelajar di Kelas 4A dan 5A dari pukul 7.00 - 8.30 pagi. Seterusnya sesi ujian bertulis di kelas-kelas yang telah ditetapkan dari pukul 8.30 - 10.00 pagi. Pada pukul 10.30 - 1.00 petang diadakan pula ujian lisan untuk bacaan jawi dan Al-Quran. Seramai 133 orang pelajar dari 138 pelajar yang menghantar borang telah hadir untuk sesi ini. Semoga pelajar-pelajar dapat menjawab dengan baik semua soalan yang diutarakan. InsyaALLAH.

# gambar-gambar sepanjang temu uji 2018 boleh dilihat dan download di galeri - foto - temu uji 2018

Tag: SMAM 2018