Kreativiti Teknik Pengajaran

       Untuk menjadikan sesi PdP lebih menarik, guru-guru menggunakan kreativiti masing-masing untuk mewujudkan suasana yang lebih ceria dan kondusif kepada pelajar. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah belajar di tempat yang bukan konvensional iaitu kelas tetapi di kawasan sekitar sekolah yang sesuai. Tempat-tempat ini boleh menggalakkan minat pelajar dan menyediakan keperluan fisiologi yang lebih baik seperti pencahayaan dan udara yang lebih segar. Secara amnya cahaya yang mencukupi akan mengurangkan stress pada mata dan bahagian otak serebrum yang mengawal pancaindera penglihatan. Ini boleh membantu menghasilkan otak yang segar sepanjang tempoh PdP. Udara segar dan bersih seperti di kawasan yang banyak pokok yang menghasilkan oksigen akan membekalkan oksigen yang lebih banyak yang diperlukan untuk aktiviti sel-sel badan terutamanya otak yang banyak digunakan  dalam mengingat dan mengkonsepsi isi kandungan subjek-subjek yang dipelajari. Teruskan mencari kaedah yang boleh membantu meningkatkan minat dan konsentrasi pelajar. insyaALLAH.

Tag: SMAM 2018