Pondok Bacaan SMAM Dinaik Taraf

      Pada hari Isnin 1 Oktober 2018, kerja naik taraf pondok-pondok bacaan di sekitar SMAM telah dijalankan oleh staff-staff sekolah iaitu Encik Nizam, Encik Shamsul dan Encik Napi. Semua meja-meja batu sedia ada telah dipasang dengan payung berwarna warni yang membolehkan pelajar-pelajar menggunakannya sepanjang waktu walau pun hari panas atau hujan. Ini menjadikannya lebih kondusif dan selesa untuk pelajar-pelajar menggunakannya sebagai tempat bacaan atau beristirehat. Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah dan semoga pondok-pondok ini akan digunakan dengan baik oleh pelajr-pelajar SMAM. InsyaALLAH.

Tag: SMAM 2018