Penyerahan Keputusan Percubaan SMA dan SPM serta Perjumpaan Guru dan Ibubapa

     Selesai Solat Hajat Perdana yang diadakan pada pagi Jumaat 28 September 2018, berlangsung pula program penyerahan keputusan percubaan SMA dan SPM dan perjumpaan antara pelajar bersama ibubapa dengan guru-guru subjek. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Program diadakan di Dewan Tun Abd Razak, SMAM. Semoga program ini meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berjaya dalam peperiksaan SMA dan SPM. SMA akan bermula pada 15 Oktober 2018 manakala SPM akan bermula pada 13 November 2018. InsyaALLAH.

# untuk melihat atau download lebih banyak foto program boleh pergi ke galeri - foto - solat hajat perdana, penyerahan keputusan percubaan sma dan spm, perjumpaan guru ibubapa 2018

Tag: SMAM 2018