Bacaan Al-Quran dan Solat Hajat Perdana 2018

     Alhamdulillah, pada hari Jumaat 28 September 2018, telah diadakan satu program bacaan Al-Quran beramai-ramai dan solat Dhuha dan Hajat di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Program ini bermula pada pukul 7.20 pagi dan selesai pada pukul 8.30 pagi. Ianya turut sama dihadiri oleh ibubapa pelajar yang sama-sama mendoakan kejayaan anak-anak SMAM yang bagi menghadapi peperiksaan PT3, SMA dan SPM tidak lama lagi. Semoga segala doa dimakbulkan ALLAH hendaknya. InsyaALLAH.

# untuk melihat atau download lebih banyak foto program boleh pergi ke galeri - foto - solat hajat perdana, penyerahan keputusan percubaan sma dan spm, perjumpaan guru ibubapa 2018

Tag: SMAM 2018