Kem Motivasi Pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 (14 - 16 September 2018) (Hari Pertama)

     Alhamdulillah, satu program Motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 telah dijalankan di SMAM pada Jumaat 14 September - Ahad 16 September 2018. Program ini dilaksankan oleh team Motivator yang diketuai oleh Ustaz Jasripudin bersama dengan 8 orang faci. Hari pertama kem motivasi ini dimulakan dengan pendaftaran pada pukul 5.00 petang, diikuti dengan taklimat program pada pukul 6.00 petang. Untuk Slot malamnya dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah maghrib, solat Isyak berjemaah dan akhirnya slot LDK pada pukul 9.00 - 11.30 malam. Tahniah kepada team motivator dan pelajar-pelajar SMAM yang terlibat.

* Nota: Gambar-gambar sepanjang Kem Motivasi boleh didapati di Galeri - Foto - Kem motivasi 3 4 5 2018 (Vol 1- Vol 3)

Tag: SMAM 2018