Sambutan Kemerdekaan kali ke 61 di SMAM 2018

    SMAM tidak lupa untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia kali 61. Oleh kerana pelajar-pelajar asrama tidak dibenarkan balik pada minggu ini maka satu program sambutan kemerdekaan telah dianjurkan dibawah kelolaan AJK tingkatan 1 dan 2. Program dilaksanakan seawal 7.40 Pagi Jumaat 31 Ogos 2018 di dewan Tun Abd Razak SMAM di mana ianya dimulakan dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Kahfi secara beramai-ramai dan diikuti dengan tazkirah dan pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, pelajar-pelajar menyertai pula program Tahsin Al-Fatihah bersama penceramah jemputan, Ustaz Abd Latif Bin Ustaz Abd Halim. Program diteruskan selepas jumaat pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang dan disambung lagi pada pukul 9.30 malam hingga 11.00 malam dengan acara persembahan pelajar. Program ini akan bersambung lagi pada 8.30 pagi Sabtu dan akan berakhir dengan sesi malam 9.30 hingga 11.00 malam. Tahniah kepada AJK pelajar dan warden yang menguruskan program ini. Tahniah.

Tag: SMAM 2018