Gotong Royong Mega 11 Ogos 2018

    Alhamdulillah, satu sesi gotong royong mega 2018 telah berjaya dilaksanakan di Asrama SMAM di mana ia menggabungkan tenaga ibubapa, guru-guru dan pelajar-pelajar SMAM dan badan sukarela seperti RELA. Program bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Terdapat juga seorang bapa pelajar yang menjamu semua yang hadir dengan durian dan rambutan yang dibawa dengan pacuan 4 roda beliau. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Tag: SMAM 2018