Menjana Pemikiran Aras Tinggi dan Kreativiti

    Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekolah untuk melatih pelajar mengamalkan pemikiran aras tinggi untuk menyelesaikan masalah dan pada masa yang sama juga boleh menerapkan kreativiti dalam tugasan mereka. Antaranya ialah menggalakkan nilai ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikelas. Dalam subjek Sains sebagai contohnya, pelajar boleh didedahkan kepada projek yang menggalakkan mereka berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di SMAM sebagai contohnya, kaedah projek telah diadaptasikan untuk menjadikan P&P lebih menyeronokkan. Untuk pelajar tingkatan 1 S dan 1 M, mereka telah diarahkan oleh guru untuk membina satu alat memasak telur tanpa menggunakan api dan elektrik. Ini menggalakkan mereka mencari maklumat,berfikir dan mencipta sesuatu mengikut pemahaman konsep Sains mereka.

Tag: SMAM 2018