Perkampungan Ilmu Fasa II ( 13 Julai - 15 Julai 2018)

   Alhamdulillah, satu program kelas tambahan hujung minggu yang dinamakan sebagai Perkampungan Ilmu Fasa II telah dijalankan di SMAM dari Jumaat 13 Julai 2018 hingga Ahad 15 Julai 2018. Program melibatkan semua pelajar PT3, SMA dan SPM yang dilaksanakan di 3 tempat iaitu PT3 di Dewan Tun Abd Razak SMAM (73 Orang pelajar), SMA di Bilik Komputer SMAM ( Seramai 36 Orang) dan SPM di Bilik Tayang SMAM ( 36 Orang). Program melibatkan seminar, bengkel dan kelas tambahan biasa. Seminar dan bengkel menjawab kertas peperiksaan dijalankan oleh pemeriksa yang dijemput dari sekolah lain, manakala bagi subjek yang tiada penceramah luar, guru-guru subjek akan mengambil slot tersebut sebagai kelas tambahan. Semoga program ini akan meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam peperiksaan awam yang bakal menjelma. InsyaALLAH

Nota: Gambar-gambar semasa Perkampungan Ilmu Fasa II boleh didownload di galeri-foto-perkampungan ilmu fasa II 13 julai - 15 Julai 2018

Tag: SMAM 2018