Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 dan Jamuan Hari Raya 2018

   Alhamdulillah pada hari Sabtu 7 Julai 2018, mesyuarat agung PIBG SMAM kali ke 23 telah berjaya dilaksanakan bersama dengan jamuan hari raya 2018. Program bermula seawal pukul 7.00 pagi dengan kehadiran guru-guru, pelajar-pelajar dan ibubapa penjaga. Mesyuarat agung PIBG telah bermula pada jam 9.00 pagi dengan dipengerusikan oleh YDP PIBG SMAM, Dato' Shahaimi. Kehadiran ke mesyuarat ini adalah yang paling ramai dicatatkan mungkin kerana ianya dibuat pada hari cuti, hari balik kampung pelajar dan juga jamuan hari raya 2018. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Lebai yang mewakili Pengarah Jaip yang tidak dapat hadir kerana menghadiri satu majlis di Al-Kuliyyah Pekan bersama dengan pemangku Sultan Pahang. Majlis turut sama menyaksikan penyampaian hadiah kecemerlangan SMA kepada pelajar-pelajar yang mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan SMA 2017. Hadiah disumbangkan oleh Yayasan Pahang. Majlis ini juga turut sama meraikan pertukaran Cikgu Rosnita yang akan bertukar ke SABK Al-Mahmudi. Majlis berlangsung dengan meriah dan penuh keceriaan. Tahniah diucapkan kepada yang menjayakan majlis ini dan juga tahniah kepada ibubapa yang sudi hadir ke majlis ini.

Nota: Gambar program boleh didownload di Galeri - Foto - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 23 dan jamuan raya 2018 part 1 dan part 2

Tag: SMAM 2018