Gotong Royong Perdana Kali Ke 2 2018

   Alhamdulillah, pada hari Rabu 4 Julai 2018, telah diadakan Gotong Royong Perdana kali ke 2 yang bermula dari pukul 11.00 pagi hingga jam 4.30 petang. Gotong royong dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dari pukul 11.00 pagi hingga 2.15 petang mengikut zon-zon dan kemudiannya sesi petang bermula dari pukul 3.15 hingga 4.30 petang yang dijalankan di kawasan asrama sahaja. Semoga ini akan menjadikan SMAM lebih ceria dan kondusif untuk P&P.

Tag: SMAM 2018