4K: Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018

      Satu kempen keselamatan jalanraya telah dilaksanakan di bawah 4K bahagian keselamatan di bawah Setiausaha Keselamatan Ustaz Syarafi pada hari Jumaat 8 Jun 2018. Program mengambil peluang bersempena hari balik kampung untuk bercuti Pertengahan Tahun dan juga Cuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hari kejadian, edaran pamplet keselamatan jalanraya telah dilakukan di pintu pagar masuk utama SMAM oleh Ustaz Syarafi, Ustaz Azrul dan kedua-dua pengawal keselamatan yang bertugas.  Adalah diharapkan agar program ini akan dapat menggalakkan ibubapa, pelajar-pelajar, guru-guru dan semua warga SMAM untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan di sepanjang masa. InsyaALLAH.

Tag: 4k keselamatan 2018