Quran Hour: SMAM bersama Jabatan Perpustakaan Maran

   Alhamdulillah, pada hari Khamis 7 Jun 2018, SMAM bertuah mmenjadi tempat perlaksanaan program Quran Hour yang dilaksanakan di seluruh dunia untuk menggalakkan ummat manusia menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai perkara yang rutin. Program ini adalah anjuran bersama jabatan-jabatan kerajaan yang ada di Maran dengan diketuai oleh Perpustakaan Awam Maran. Antar tetamu yang hadir ke SMAM pada perlaksanaan program ini ialah wakil PPD Maran, Timbalan Kadi Maran, Pengarah Perpustakaan Maran dan pegawai-pegawai KEMAS Maran. Program bermula dari pukul 1.15 tengahari dengan solat Zohor Berjemaah diikuti dengan tadarrus Al-Quran selama 1 jam dan akhirnya ditutup dengan ucapan oleh Pengarah Perpustaakaan Maran dan Ucapan oleh Timbalan Qadi Maran. 

Tag: Quran hour 2018