4K: Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah dan Asrama 28 Mei 2018

    Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas dan asrama diteruskan lagi pada minggu ini dengan pengumuman juara kelas dan juara asrama untuk minggu bermula dari 21 Mei 2018 hingga 25 Mei 2018. Untuk minggu tersebut, Juara Kelas dimenangi sekali lagi oleh kelas 3A, Naib Johan kelas 3M dan tempat ketiga 3S. Manakala kelas yang kurang memuaskan ilah kelas 2M. Untuk ASPURA, Johan jatuh kepada Dorm A, Naib Johan Dorm D, ketiga Dorm B manakala yang paling kurang memuaskan jatuh kepada Dorm E. Untuk ASPURI, Johan dirangkul oleh Dorm F, Naib Johan Dorm C, ketiga Dorm A manakala dorm yang paling tidak memuaskan ialah Dorm D. Semoga kesemua pelajar akan meneruskan motivasi untuk menjaga kebersihan dan keceriaan SMAM. InsyaALLAH.

Tag: 4k 2018