4K: Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah dan Asrama

   Pada hari ini Isnin 21 Mei 2018, keputusan pertandingan kebersihan dan keceriaan sekolah dan asrama untuk minggu 14 Mei 2018 - 18 Mei 2018 telah diumumkan di perhimpunan pagi Isnin. Untuk kategori sekolah, Johan jatuh kepada kelas 3A, naib johan 3S, tempat ketiga 3M manakala kelas yang paling tidak memuaskan jatuh kepada kelas 2M. Untuk kategori ASPURA pula, johan jatuh pada dorm A, naib johan dorm F, ketiga dorm B manakala dorm yang paling tidak memuaskan ialah dorm G. Untuk ASPURI, johan jatuh kepada dorm C, naib johan dorm D, ketiga dorm B dan dorm paling tidak memuaskan untuk ASPURI ialah dorm E. Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ustaz Syarafi selaku guru bertugas minggu lepas dan Ustaz Ridho selaku GPK HEM. 

Tag: 4k 2018