Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

   Alhamdulillah, Ramadhan telah tiba lagi kali ini pada tahun 2018. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, SMAM telah menganjurkan satu ceramah Ramadhan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada 16 Mei 2018 bermula dari pukul 1.30 tengahari hingga 2.30 petang. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mahmud Mat. Ceramah ini bertujuan untuk memberikan ingatan tentang Ramadhan kepada semua warga SMAM untuk memastikan Ramadhan kali ini akan disambut dengan pesta amal ibadat. InsyaALLAH.

Tag: ramadhan 2018