Hari Bahasa Inggeris 18 April 2018

    Sebagaimana setiap hari Rabu, perhimpunan pada 17 April 2018 diadakan dalam Bahasa Inggeris untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar SMAM. Pada kali ini, selepas bacaan Al-Quran secara beramai-ramai diketuai oleh Saudara Amirruddin selesai, Saudara Afiq telah mempersembahkan ceramah Bahasa Inggeris. Selesai persembahan, Ustaz Azrul dan Cikgu Izzah telah menyampaikan ucapan dan mengumumkan jadual perjalanan gotong royong 4K yang pertama yang akan diadakan pada petang tersebut.

Tag: hari bahasa inggeris 2018