Jenazah Cikgu Abdullah Telah Selamat Dikebumikan

      Alhamdulillah, jenazah Cikgu Abdullah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Chedung, Maran pada malam ini Jumaat 7 April 2018. Jenazah telah dibawa ke perkuburan dari Masjid As-Syakirin selepas disembahyangkan pada lebih kurang pukul 9.00 Malam dan telah selesai pengkebumian pada pukul 10.30 Malam. Semoga rohnya tenang di sana, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Warga SMAM ingin mengucapkan terimakasih kepada semua yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada guru yang kita sayangi ini. Warga SMAM juga ingin mengucapkan terimakasih kepada semua yang tidak putus-putus mendokan Cikgu Abdullah sepanjang beliau dirawat di HTAA. Tak lupa juga kami, warga SMAM mengucapkan takziah kepada keluarga Cikgu Abdullah yang telah kehilangan seorang suami dan ayah yang sangat baik budi pekerti dan berjiwa besar ini. Semoga ALLAH menempatkan Cikgu Abdullah pada maqam yang ditinggi dikalangan orang-orang yang DIA kasihi. AAmiiiiin. Al-Fatihah.

Tag: cg abdullah 2018