Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Waqiah, Bacaan Asma Ul-Husna dan Ruqyah Al-Fatihah untuk Cikgu Abdullah (5 April 2018)

    Alhamdulillah, malam Jumaat ini 5 April 2018, satu majlis solat hajat, bacaan Surah Al-Waqiah, bacaan Asma Ul Husna dan Ruqyah Al-Fatihah telah berjaya dilaksanakan sekali lagi di surau ASPURA dan ASPURI untuk memohon dari ALLAH kesembuhan bagi Cikgu Abdullah. Terimakasih kepada Kelab 1 Malaysia yang telah sudi menaja jamuan ringkas untuk pelajar-pelajar ASPURA dan ASPURI. Marilah kita meneruskan solat hajat dan doa kita untuk kesembuhan Cikgu Abdullah. Semoga doa kita dikabulkan oleh ALLAH swt.

Tag: cg abdullah 2018