Seminar Al-Quran Peringkat Daerah Maran

    Satu seminar Al-Quran telah diadakan di Dewan Auditorium Pejabat Agama Islam Daerah Maran pada hari ini Khamis 5 April 2018. Program ini merupakan anjuran Bahagian Penyelidikan Unit Penapisan Media (JAIP), Pejabat Agama Islam Daerah Maran dan Kementerian Dalam Negeri. Seminar ini turut dihadiri oleh guru-guru Quran SMAM dan Tuan Pengetua SMAM sendiri, Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Program bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Semoga seminar ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua yang hadir. InsyaALLAH.

Tag: al-quran 2018