Solat Hajat, Bacaan Surah Al-Waqiah, Bacaan Asma Ul-Husna dan Ruqyah Al-Fatihah untuk Cikgu Abdullah

    Alhamdulillah sekali lagi majlis khas solat hajat, bacaan dan Ruqyah Al-Quran serta ditambah dengan bacaan asma ul husna telah berjaya dilaksanakan untuk mendoakan kesembuhan dan kesihatan untuk Cikgu Abdullah pada malam Rabu 4 April 2018 bertempat di Surau ASPURA SMAM. Semoga ALLAH swt yang Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan akan mengabulkan doa-doa hambaNya. Marilah kita meneruskan berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan Cikgu Abdullah. InsyaALLAH.

Tag: cg abdullah 2018