Hari Bahasa Inggeris 4 April 2018

     Seperti mana pada setiap hari Rabu, perhimpunan pagi diadakan dalam Bahasa Inggeris untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar SMAM. Untuk perhimpunan kali ini, pengerusi majlis iaitu Saudari Fatin Nabila menjalankan perhimpuan dalam Bahasa Inggeris. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah diketuai oleh Saudara Zulfikri. Seterusnya perhimpunan dipersembahkan dengan persembahan dialog Bahasa Inggeris yang bertajuk " how can i improve my english" yang disampaikan oleh saudara Zulfikri dan Saudara Alif Haikal. Tahniah kepada semua pelajar yang mencuba untuk mempraktikkan Bahasa Inggeris di SMAM. Alah bisa, tegal biasa.

Tag: hari bahasa inggeris 2018