Perkampungan Ilmu Fasa I

    Alhamdulillah, program kelas tambahan khas yang dinamakan sebagai Perkampungan Ilmu Fasa I telah berjaya dianjurkan di SMAM. Program ini diselaraskan oleh Setiusaha PETKA, Cikgu Noraza Bt Ibrahim. Program melibatkan semua pelajar dan guru Tingkatan 3, 4 dan 5. Ianya dijalankan di SMAM sahaja untuk kali ini. Program bermula pada hari Jumaat 30 Mac 2018 dan akan tamat pada pukul 10.00 malam 1 April 2018. Semoga program ini akan meningkatkan kecemerlangan PT3, SMA dan SPM 2018. InsyaALLAH.

Tag: perkampungan ilmu 2018