Rohani Jumaat: Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Khas untuk Cikgu Abdullah

      Alhamdulillah, satu majlis khas bacaan yaasin dan solat hajat telah diadakan di Dewan Tun Abd Razak SMAM pada hari Jumaat 16 Mac 2018 untuk memohon kesembuhan dan keselamatan untuk Cikgu Abdullah yang pada ketika artikel ini ditulis masih dirawat di ICU HTAA Kuantan. Cikgu Abdullah telah pun selamat dibedah untuk kali kedua semalam 16 Mac 2018 untuk menhentikan pendarahan yang dihadapi selepas pembedahan pertama. Setakat ini beliau masih lagi ditidurkan. Dikesempatan ini, admin memohon sesiapa sahaja yang membaca artikel ini untuk mendoakan kesembuhan dan keselamatan untuk Cikgu Abdullah

Tag: rohani jumaat 2018