Sains Itu Menarik

      Pembelajaran Sains yang melibatkan eksperimen memang diakui mampu meningkatkan kefahaman sesuatu konsep Sains kepada pelajar. Walau bagaimanapun untuk menjalankan eksperimen perlu kepada persediaan peralatan yang mencukupi dan keperluan kepada makmal yang baik. Sebagaimana yang ditunjukkan di dalam gamnbar di atas, pelajar-pelajar menunjukkan minat yang baik dalam menjalankan eksperimen. Dalam kaedah ini pelajar-pelajar belajar kemahiran-kemahiran yang perlu dalam mengeksperimen dan juga mempraktikkan nilai-nilai murni yang perlu dalam menjayakan sesuatu eksperimen.

Tag: sains 2018