Pengumuman Keputusan SPM 2017 SMAM

    Alhamdulillah, keputusan SPM 2017 telah selamat diumumkan pada Khamis 15 Mac 2018 di Dewan Tun Abd Razak SMAM bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Kelihatan ibubapa dan pelajar-pelajar telah mula sampai ke dewan pada pukul 10.00 pagi lagi untuk mengambil keputusan masing-masing. Pelajar terbaik SMAM hanya berpuas hati dengan pencapaian tertinggi 4A sahaja. GPS bagi tahun 2017 juga jatuh berbanding dengan GPS SPM 2016. Semoga SPM 2018 akan menjanjikan keputusan yang lebih baik. Warga SMAM mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, ingatlah ini bukan pengakhiran dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup. 

Tag: spm 2017