Doakan Cikgu Abdullah

     Pihak admin Web SMAM ingin memohon jasa baik semua yang membaca laman ini samada yang mengenali atau tidak mengenali Cikgu Abdullah Bin Ismail seorang tenaga pengajar di SMAM supaya mendoakan kesembuhan dan keselamatan beliau yang pada ketika posting ini ditulis masih lagi berada di wad ICU HTAA Kuantan kerana masalah jantung. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Abdullah telah dibedah semalam Rabu 14 Mac 2018 bermula dari pukul 10.00 pagi hingga hampir pukul 7.30 malam. Walaubagaimanapun pendarahan yang teruk telah berlaku pada salur darah ke jantung yang telah dibedah dan sepatutnya pembedahan kedua dijalankan pada hari ini Khamis 15 Mac 2018 tetapi oleh kerana ketiadaan dewan pembedahan yang kosong dan keadaan Cikgu Abdullah yang tidak stabil pembedahan ditangguhkan ke pagi esok 16 Mac 2018. Jadi bersama-samalah kita mendoakan agar ALLAH S.W.T. memberikan kesembuhan dan keselamatan kepada Cikgu Abdullah. Semoga doa kita dikabulkan oleh ALLAH S.W.T. yang maha berkuasa. InsyaALLAH.

Tag: abdullah 2018