Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk memohon keselamatan dan kesihatan bagi Cg Abdullah

    Solat hajat dan bacaan Yassin telah diadakan di surau ASPURA SMAM untuk memohon keselamatan dan kesihatan bagi Cikgu Abdullah Bin Ismail yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di SMAM. Cikgu Abdullah telah dipindahkan dari Hospital KCDC Kuantan ke HTAA selepas disahkan ada salur darah ke jantungnya membengkak yang memerlukan pembedahan segera. Sekiranya tidak dapat dilakukan pembedahan di HTAA, beliau akan dihantar untuk menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pihak admin memohon kepada semua yang mengenali atau tidak mengenali Cikgu Abdullah untuk sama-sama berdoa kepada ALLAH untuk memberikan kesembuhan, kesihatan dan keselamatan kepada Cikgu Abdullah. InsyaALLAH

Tag: cg abdullah 2018