Terimakasih SMA Pulau Tawar

    Warga SMAM ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada pentadbiran SMA Pulau Tawar yang sudi meminjamkan sebuah van mereka untuk kegunaan SMAM. Van SMAM yang terbalik masih belum siap dibaiki dan ketiadaan van sedikit sebanyak telah merencatkan aktiviti di SMAM contohnya untuk mengangkut pelajar SMAM ke Solat Jumaat dan juga menyukarkan pergerakan pelajar-pelajar SMAM semasa MASISUPA Zon 2 di SMA Pulau Tawar tempoh hari dan latihan intensif berpusat Zon 2 di SMA Al-Ihsan pada hujung minggu yang lalu. diharapkan kehadiran van ini di SMAM akan melicinkan pergerakan warga SMAM terutamanya untuk bersolat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin Maran. InsyaALLAH. Terimakasih SMA Pulau Tawar.

Tag: van 2018