Latihan Berpusat Zon 2 di Al-Ihsan

     Zon 2 akan mengadakan latihan berpusat semua acara sukan dan ilmiah di SMA Al-Ihsan bermula dari Jumaat 9 Mac 2018 hingga 11 Mac 2018. Peserta-peserta dari SMA Maran telah bertolak dengan bas dari SMAM pada pukul 1.00 tengahari Jumaat 9 Mac 2018. Pemilihan terakhir peserta untuk acara-acara juga akan diadakan dalam tempoh masa tersebut. Semoga peserta-peserta Zon 2 akan cukup bersedia dengan sesi latihan ini untuk menghadapi MASISUPA Pusat yang bakal diadakan di SMA Padang Tengku yang akan bermula pada 17 Mac 2018 hingga 20 Mac 2018. InsyaALLAH.

Tag: latihan MASISUPA 2018