Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali ke 61

      Alhamdulillah, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Pahang kali ke 61 yang ditutup secara rasmi pada malam Jumaat bersamaan dengan 8 Mac 2018 telah disertai oleh seorang bekas tenaga pengajar SMAM iaitu Ustaz Mohd Jumaidi Bin Mat Rashid. Semasa beliau mengajar di SMAM subjek yang diajar oleh beliau ialah subjek Al-Quran dan juga pernah menjadi pengajar kelas tahfiz SMAM. Beliau layak ke peringkat negeri Pahang selepas menjadi Johan Tilawah Daerah Jengka. Tahniah kami ucapkan atas pencapaian beliau. Semoga beliau akan lebih berjaya lagi di masa-masa hadapan. Kami warga SMAM turut berbangga atas pencapaian beliau ini. Majlis penutupan tilawah ini turut sama dihadiri oleh Tuan Pengetua SMAM, Ustaz Shamsuri Bin Shamsudin.

Tag: tilawah 2018