Tempat Jatuh Lagikan Dikenang....

    Alhamdulillah, SMAM dikunjungi lagi oleh bekas-bekas pelajarnya yang meluangkan masa bukan sahaja untuk melihat tempat yang mereka habiskan 5 tahun usia mereka, tetapi juga untuk bertanya khabar tentang bekas guru-guru mereka. Pada hari ini 5 orang pelajar Nor Farain, Wan Syaza Nurafiqah, Wyedaniah Syakirah, Nor Amirah dan Norazlina hadir ke SMAM untuk sesi ziarah ringkas. Tahniah kepada semua pelajar yang sudi datang ke SMAM dan beramah mesra dengan bekas guru-guru mereka.

Tag: ziarah 2018