Pelancaran 4K 2018

    Alhamdulillah, pada hari Isnin bersamaan dengan 5 Mac 2018, pelancaran 4K SMAM telah berjaya dilakukan di Dewan Tun Abd Razak SMAM. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi selepas selesai perhimpunan pagi Isnin. Pengacara majlis ialah Ustaz Azrul Bin Mat Zali. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh SU 4K Cg Nurul Izzah Bt Awang Kechik dan seterusnya ucapan dan perasmian oleh Pengetua SMAM Ustaz Shamsuri Bin Shamsuddin. Selepas itu pengetua dengan diiringi oleh GPK HEM Ustaz Mohd Redho telah menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong ikatan Banner 4K  yang disertai dengan pelepasan belon dan tembakan mercun. Majlis tamat pada pukul 8.30 pagi. Tahniah kepada semua ajk 4K yang berjaya melaksanakan pelancaran gilang gemilang ini.

Tag: Pelancaran 4k